joelaily photography

About www.joelaily.com

Joelaily Photography is a husband-wife photography team.
We are specializing in wedding photography, meticulously on capturing moments with live emotions and adding fun through our own photojournalistic way.

We are currently located in Ipoh,Perak, Malaysia and yes, we are extremely keen to travel across the country and around the globe for more excitement in every assignment.

Tag: ‘harga photographer’



Untuk Apakah Anda Membayar Jurufoto Perkahwinan Anda?

Saturday, March 10th, 2012

By Hasnuddin Abu Samah:

Ini adalah artikel saya yang pernah disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin. Artikel ini sesuai dijadikan panduan kepada jurufoto untuk menjustifikasikan harga perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Apabila anda mengupah seorang jurufoto untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah terlalu mahal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000-RM20,000. Selain dari kos pembelian, kos penyelenggaraan peralatan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurufoto mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurufoto, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurufoto

Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang baik. Selain dari itu, jurufoto juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang baik dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurufoto itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan

Jurufoto adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurufoto cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurufoto. Dengan itu, jurufoto mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman

Setelah jurufoto selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurufoto akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Proses ini boleh memakan masa beberapa hari.

5) Kos material

Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurufoto. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurufoto walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Artikel oleh: Hasnuddin Abu Samah (Adan Cameraworks/FOTOTEACHER.COM)

——————————————————————————————————————————————————————————————————-

KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU ANDA MERAKAMKAN SETIAP DETIK MANIS & BAHAGIA  BERSAMA INSAN TERSAYANG DENGAN MENGABADIKAN SUATU CERITA YANG PASTI MENGUKIR SENYUMAN DAN KENANGAN TERINDAH SEPANJANG HAYAT ANDA..

**kami sudah mula menerima tempahan untuk wedding event sepanjang 2012..
untuk bertanya pakej yang kami tawarkan boleh klik sini

**kepada yang baru ingin berkenalan dengan kami boleh lihat kesemua koleksi wedding photography kami di sini | bagi wedding event januari hingga mac 2012  “we are no longger available”..full booked..alhamdulillah rezeki anak²..

Quality Photos at a Budget Price with joelaily photography
Laman blog rasmi : www.joelaily.com
Koleksi gambar @ Flickr: flickr.com/joelaily
YM : ajat_amatjoe@yahoo.com
Email : joe@joelaily.com | laily@joelaily.com
Call/Sms : 019.57.123.57 | 019.55.88.980

Jurufoto Perkahwinan dan HARGA??

Saturday, March 10th, 2012

By Kahiro Ashrul:

Kenapa Kos Jurugambar Perkahwinan Mahal ?
Bismillahirrahmanirrahim Sekali lagi benda ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

1. KOS TETAP :

Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, beg, kos selenggara dan sebagainya.

2. KOS MASA BEKERJA :

Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?

3. KOS ALBUM :

Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

4. KOS PROFESSIONAL:

Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa? Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam

——————————————————————————————————————————————————————————————————-

**kami sudah mula menerima tempahan untuk wedding event sepanjang 2012..
untuk bertanya pakej yang kami tawarkan boleh klik sini

**kepada yang baru ingin berkenalan dengan kami boleh lihat kesemua koleksi wedding photography kami di sini | bagi wedding event januari hingga mac 2012  “we are no longger available”..full booked..alhamdulillah rezeki anak²..

Quality Photos at a Budget Price with joelaily photography
Laman blog rasmi : www.joelaily.com
Koleksi gambar @ Flickr: flickr.com/joelaily
YM : ajat_amatjoe@yahoo.com
Email : joe@joelaily.com | laily@joelaily.com
Call/Sms : 019.57.123.57 | 019.55.88.980

 

All Images Copyright www.joelaily.com | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge
flickr